Produksi The Fairly OddParents

Sejarah

The Fairy OddParents pertama kali diudarakan sebagai filem pendek di Oh Yeah! Cartoons pada tahun 1998, yang menayangkan sepuluh episod oleh rancangan original. Oh Yeah! Cartoons telah dibatalkan pada tahun 2001, tetapi Nickelodeon telah menawarkan untuk mengambil francais ini. Tawaran ini telah diterima oleh penciptanya Butch Hartman. Rancangan ini mulai mengudarakan episod panjangnya sebagai sirinya sendiri pada Mac 31, 2001, bersama dengan Invader ZIM. Pada April 11, 2006, Nickelodeon United Kingdom telah menayangkan kesemua sembilan episod pendek Oh Yeah Cartoons! dalam tiga episod, termasuk suara yang berbeza untuk Timmy Turner (suara Timmy telah diubah oleh Tara Strong untuk menayangkan rerun untuk kesemua episod pendek rancangan ini), dan muka ibubapa Timmy iaitu Encik dan Puan Turner tidak dapat dilihat. Cerita-cerita ini termasuk "Where's the Wand" di mana Vicky menggunakan tongkat sakti Wanda, dan "Too Many Timmys" di mana Timmy membuat klon untuknya. Setiap episod pilot berlangsung selama tujuh minit, dan kesemua lukisan yang dilukis adalah sangat kasar, dan animasi tentang pari-pari terapung ini adalah lebih lambat dan kasar. Selepas penayangan episod baru pada tahun 2004-2005, Nickelodeon akhirnya memutuskan untuk mengeluarkan "The Fairly OddParents" daripada siarannya. Siri ini secara rasminya tamat pada Julai 21 2006 dan telah menyiarkan sejumlah 66 episod di Amerika Syarikat. Episod terakhir yang ditunjukkan ialah "Jimmy Timmy Power Hour 3". Ia telah dikeluarkan oleh Frederator Studios.